Tentang Penulis

Foto Saya
M Zubair Ahmed
Zagazig, Ash Sharqiyah, Egypt
Life-time father, Full-time medical student & Part-time world traveler.
Lihat profil lengkap saya

20 September 2011

Mudahnya untuk mendirikan solat dalam kapal terbang! :D

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya:
Maka dirikanlah (dengan sempurna) solat itu, sesungguhnya solat merupakan satu ketetapan yang diwajibkan kepada orang-orang yang beriman yang telah ditentukan waktu-waktunya. (al-Nisa':73).

Solat merupakan ibadah pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Menyingkap kembali peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah saw menerima kefardhuan Solat lima waktu ke atas ummatnya menunjukkan Solat merupakan satu ibadah yang istimewa ditambah lagi dengan keterangan Hadis Rasulullah bahawa solat adalah tiang agama. Oleh itu, kita sebagi muslim yang mengaku berpegang dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah perlu mengambil berat soal tanggunjawab Solat lima waktu ini walaupun di mana kita berada. 

Di sini, Insya Allah akan diterangkan beberapa persoalan sekitar cara solat seorang musafir di dalam penerbangan.

Bagaimanakah cara solat yang perlu dipraktikkan oleh seseorang yang berada di dalam kapal terbang, sedangkan dia akan melalui satu perjalanan yang jauh (musafir) tanpa henti. Bagaimana sekiranya waktu solat itu adalah waktu solat yang tidak boleh dijama’ seperti Solat Subuh?  Dan, bagaimana pula sekiranya waktu solat tersebut boleh dijama’ dan penerbangannya akan berhenti (transit) seketika di mana-mana destinasi? 

Antara syarat sah solat adalah menghadap ke kiblat. Kita hanya mampu menghadap ke kiblat apabila kita berada di atas permukaan bumi. Apabila kita berada di atas kapal di tengah-tengah lautan bererti kita masih mampu memenuhi syarat-syarat sah solat, maka ketika itu wajib ke atas kita untuk menunaikan solat. Berbeza dengan situasi kita apabila berada di atas kapal terbang di tengah-tengah ruangan udara.
  
Adapun apabila kita berada di dalam kapal terbang adalah dikira kita sudah tidak dapat memenuhi salah satu daripada syarat sah solat tersebut. Maka apa yang diwajibkan ke atas kita adalah melakukan ‘solat hormat waktu’.

Apakah yang di maksudkan dengan ‘solat hormat waktu’?

‘Solat hormat waktu’ bermaksud melakukan solat dengan sekadar yang termampu kerana solat tersebut tidak lengkap rukun dan syarat-syaratnya. ‘Solat hormat waktu’ yang telah kita lakukan hendaklah di qadha semula secara sempurna apabila kita telah tiba di mana-mana destinasi yang membolehkan kita menunaikan solat secara sempurna. 

Sekiranya sesorang itu dalam keadaan berhadas kecil (tiada wudhu’), apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkannya solat? 

Selagi kita mampu memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat sah solat maka wajib ke atas kita memenuhinya terlebih dahulu sebelum kita melakukan ‘solat hormat waktu’ tersebut.

Sebagai contoh apabila kita berada di atas kapal terbang : selagi mana kita mampu berwudhuk menggunakan air, maka wajib ke atas kita menggunakannya. Selagi mana kita mampu menggantikan wudhuk dengan bertayammum, maka wajib ke atas kita bertayammum. Selagi mana kita mampu melakukan solat secara berdiri di dalam kapal terbang, maka wajib ke atas kita melakukan solat secara berdiri. Sekiranya tidak mampu, cukup sekadarnya kita melakukan solat secara duduk di atas kerusi.
  
Adakah solat yang dilakukan semasa dalam perjalanan/penerbangan di atas kapal terbang tadi perlu di qadha’ balik? 

Kita hanya diwajibkan solat 5 kali sehari. Bererti apabila kita berlepas dari Malaysia pada 22.09.2011 jam 6.30 pg (selepas solat subuh). Kemudian kita tiba untuk transit di Dubai dalam waktu subuh negara tersebut hari yang sama (22.09.2011) maka tidak perlu ke atas kita untuk melakukan solat subuh sekali lagi. 

Sekiranya kita berlepas dari Malaysia pada 22.09.2011 jam 6.30 pagi (selepas waktu subuh). Kemudian kita melakukan penerbangan terus tanpa transit dan tiba di Mesir pada 23.09.2011 jam 2.00 petang waktu zuhor Mesir. Maka wajib ke atas kita menunaikan solat fardhu zuhor tersebut secara sempurna kemudian melakukan solat qadha zuhor, asar, maghrib, isyak bagi hari (22.09.2011) dan solat qadha subuh bagi hari (23.09.2011) yang telah kita lakukan sebagai ‘solat hormat waktu’ di atas kapal terbang tadi.

‘Solat hormat waktu’ tidak boleh dilakukan secara jamak dan qasar, ia perlu dilakukan mengikut waktu solat tersebut (waktu demi waktu).

SUMBER: http://upi.zaqaziq.perubatan.org/2011/09/panduan-solat-dalam-penerbangan-pesawat.html

    1 Comments:

    fazliana berkata...

    syukran di atas perkongsian ilmu..tabarakAllah

    Artikel/Nota yang mendapat sambutan

     
    Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls